Friday, August 5, 2011

Chinese Majority Again

Laporan bertajuk 'Population Distribution and Basic Demographic Characteristics 201) berdasarkan data populasi yang dibuat pada tahun lalu. Ia menyatakan bahawa komuniti India telah meningkat kepada 155,600 daripada 153,100 pada 2009. Namun, komuniti Melayu telah menurun daripada 654,300 pada 2009 kepada 636,136 tahun lalu.

Dari segi peratus, kaum Cina merupakan 42.9% daripada sejumlah 1.5 juta penduduk di Pulau Pinang, diikuti oleh Melayu, 40.7% dan India, 9.8%. Penduduk yang bukan warganegara Malaysia dan Bumiputra lain bersamaan 6.6% populasi. Jumlah penduduk Pulau Pinang telah menurun sebanyak 1% jika dibandingkan dengan tahun 2009.

Kumpulan umur 25-29 adalah tertinggi iaitu 151,735. Kaum lelaki melebihi wanita dengan
782,061 lelaki berbanding 779,322 wanita. Laporan boleh dilihat di http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=363&Itemid=149&lang=en#8.

Setiausaha MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, peningkatan komuniti Cina adalah kerana lebih ramai orang berpindah ke negeri itu. "Peluang pekerjaan di Pulau Pinang mungkin merupakan salah satu sebab penghijrahan itu dan peningkatan kelahiran di negeri itu sendiri.". Tambahnya, lebih ramai orang Melayu berhijrah ke negeri lain dan ini adalah penyebab kejatuhan jumlah komuniti tersebut.



Source : thestar.com.my

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez