Saturday, August 6, 2011

Berikutan itu, Abdul Khalid melarang semua EXCO mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu sehingga selesai. Katanya, kerajaan negeri kesal kejadian itu dan yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela.

Sementara itu, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Khairudin Abas, menggesa semua pihak tidak buat kesimpulan melulu, termasuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam siasatan berhubung insiden berkenaan.

“Tindakan segelintir media yang membangkitkan semua isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil bahasa Melayu dalam laporan mereka amat dikesali kerana ia seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang kita nikmati selama ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan pihaknya terbabit dalam serbuan itu malam Rabu lalu, namun lebih kepada memberi perlindungan keselamatan kepada pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS, Khalid Samad, pula berkata tindakan JAIS tidak wajar kerana tidak semestinya orang Islam yang hadiri majlis itu mempunyai niat untuk murtad.

bharian.com.my

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez