Terdahulu, Shibatani yang mewakili JNTO menghadiri perjumpaan bersama delegasi rombongan Malaysia diketuai Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Baginda berdua mengetuai lawatan seminggu di tiga bandar utama wilayah ini meliputi Kyoto, Kobe dan Osaka bersama lebih 20 delegasi merangkumi ahli korporat dan media Malaysia.
Lawatan anjuran MAS Golden Holidays dan BMC Travel itu bertujuan merakam keunikan Jepun terutama di tiga bandar terbabit, sekali gus menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat bencana gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.
Sementara itu, Raja Muda Perlis dalam titahnya, memuji Jepun yang disifatkan destinasi amat unik.
Titah baginda, Jepun dan Malaysia memiliki hubungan yang baik dalam segenap aspek termasuk sejarah, ekonomi serta politik sejak bertahun-tahun lamanya.
“Justeru, menjadi tanggungjawab Malaysia untuk turut membantu serta mengembalikan keunikan Jepun sebagai sahabat sesama Asia terutama selepas teruk terjejas akibat kejadian gempa bumi dan tsunami.
“Sudah dua hari saya di Kyoto dan sepanjang tempoh itu saya berpeluang mengunjungi pelbagai lokasi menarik. Apa dapat saya nyatakan ialah Asia memang istimewa dan Jepun adalah destinasi amat unik,” titah baginda.
Gempa bumi disusuli tsunami yang melanda pantai timur laut Jepun Mac lalu, menjejaskan industri pelancongan negara itu sebanyak 60 peratus.
www.bharian.com.my
Saturday, June 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment