Turut menaiki kereta api bersama baginda berdua untuk menikmati pemandangan indah bandar raya George Town dan kawasan sekitarnya ialah Abdul Rahman serta isteri Toh Puan Majimor Shariff, dan Lim serta isteri, Betty Chew Gek Cheng.
Pasangan Diraja itu kemudian diraikan Yang Dipertua Negeri pada majlis santapan tengah hari di Seri Mutiara sebelum baginda berdua berangkat ke Terengganu petang ini. Al-Khamsa, kelab kuda lasak pertama di negeri ini yang siap dibina baru-baru ini di kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar, mampu menempatkan hingga 30 ekor kuda.
Mutalib berkata beliau membelanjakan lebih RM600,000 untuk membina kelab itu, yang kini menempatkan 18 ekor kuda Arab dari Australia, Russia dan Poland. "Saya menjunjung kasih atas perkenan baginda untuk merasmikan kelab ini dan berharap ia akan merangsang Pulau Pinang untuk melahirkan penunggang kuda lasak pertamanya untuk menyertai Sukan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas upacara perasmian itu.
Beliau berkata setakat ini, Pulau Pinang tidak mempunyai wakil untuk menyertai acara kejohanan kuda lasak pada sukan itu. "Matlamat utama kami ialah untuk melahirkan penunggang kdua lasak dan semoga dalam tempoh dua tahun lagi, kami akan dapat melatih beberapa penunggang untuk menyertai kejohanan itu,' katanya.
Mutalib berkata kelab itu akan beroperasi sepenuhhya dua minggu lagi dan orang ramai, terutama kanak-kanak, dialu-alukan menyertainya.
-- BERNAMA
Sunday, June 26, 2011
Saturday, June 11, 2011
Titah Raja Muda Perlis dimuat naik di Youtube
Terdahulu, Shibatani yang mewakili JNTO menghadiri perjumpaan bersama delegasi rombongan Malaysia diketuai Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Baginda berdua mengetuai lawatan seminggu di tiga bandar utama wilayah ini meliputi Kyoto, Kobe dan Osaka bersama lebih 20 delegasi merangkumi ahli korporat dan media Malaysia.
Lawatan anjuran MAS Golden Holidays dan BMC Travel itu bertujuan merakam keunikan Jepun terutama di tiga bandar terbabit, sekali gus menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat bencana gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.
Sementara itu, Raja Muda Perlis dalam titahnya, memuji Jepun yang disifatkan destinasi amat unik.
Titah baginda, Jepun dan Malaysia memiliki hubungan yang baik dalam segenap aspek termasuk sejarah, ekonomi serta politik sejak bertahun-tahun lamanya.
“Justeru, menjadi tanggungjawab Malaysia untuk turut membantu serta mengembalikan keunikan Jepun sebagai sahabat sesama Asia terutama selepas teruk terjejas akibat kejadian gempa bumi dan tsunami.
“Sudah dua hari saya di Kyoto dan sepanjang tempoh itu saya berpeluang mengunjungi pelbagai lokasi menarik. Apa dapat saya nyatakan ialah Asia memang istimewa dan Jepun adalah destinasi amat unik,” titah baginda.
Gempa bumi disusuli tsunami yang melanda pantai timur laut Jepun Mac lalu, menjejaskan industri pelancongan negara itu sebanyak 60 peratus.
www.bharian.com.my

Subscribe to:
Posts (Atom)