Saturday, July 4, 2009

KOMUNIS MALAYA RATA-RATA BUKAN MELAYU TAPI SIAPA?


ANTARA PARTI KOMUNIS MALAYA & PKMM


Secara ringkas gee huraikan, PKM jugak dikenali sebagai Parti Komunis Malaya. Satu Parti yang mengamalkan ideologi komunisme. Komunisme itu adalah sekular kerana ia memisahkan agama daripada politik. Komunis tidak percaya pada agama dan tuhan. Komunis memperjuangkan ketuanan rakyat dan hak sama-rata. Komunis juga menentang Demokrasi. Ada sesetengah pihak cuba meletakkan komunisme dan nasionalisme itu sama, hanya utk membawa bekas-bekas komunis ni pulang ke Malaysia. Malah ade pihak yang sanggup meletakkan nasionalisme UMNO itu sama dgn komunisme. Kita harus tahu nasionalisme itu tidak sekular kerana ia tidak memisahkan agama dengan politik. Nasionalisme adalah satu semangat yang menolak sebarang bentuk penjajahan. Bukankah semua parti politik menentang sebarang penjajahan..inilah dia Nasionalisme tetapi bukan seperti ideologi komunis yang sekular...


Selepas bertapaknya Jepun di Tanah Melayu, wujudlah puak-puak yang berani menentang British. Ini kerana orang-orang melayu mula sedar yang kuasa asia seperti Jepun jugak boleh menundukkan kuasa British. Dari sinilah wujudnya PKMM- Parti kebangsaan Melayu Malaya dianggap sebagai puak pemimpin sayap kiri yang agresif menentang British. PKMM juga ketika itu menentang Malayan Union. Pada mulanya mereka tidak mengangkat senjata kerana parti ini jugak sealiran dgn UMNO. Di dalam penulisan Shamsiah Fakir juga ade menyebut bahawa PKMM dan UMNO adalah satu gerakan org-org melayu yang berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah melayu tetapi akhirnya UMNO berpecah dari PKMM utk mencari jalan sendiri mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu..UMNO dianggap sebagai puak pemimpin sayap kanan yang lebih berminat menggunakan kaedah berbincang dgn British utk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu...



PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 yang diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Mengikut sejarah, Mokhtaruddin Lasso adalah seorang pemimpin komunis di Indonesia. Perbezaan Ideologi yang ketara di antara kedua mereka menyumbang kepada wujudnya 2 sayap di bawah PKMM iaitu API dan AWAS pimpinan oleh Ahmad Boestamam agar ideologi komunisme Mokhtaruddin dapat dihapuskan. API dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan AWAS dipimpin oleh Shamsiah Fakir. Apabila Kesatuan Melayu Muda-KMM bergabung dgn PKMM, ideologi parti ini terus cenderung bersifat Nasionalisme sepenuhnya selepas Dr Burhanuddin Helmi mengambil alih pucuk kepimpinan.

Pengaruh PKMM tidak kekal lama apabila UMNO diwujudkan. UMNO yang diasaskan oleh Dato Onn Jaafar adalah sebuah parti yang lebih diyakini oleh orang-orang melayu ketika itu. Walaubagaimana pun Dato Onn Jaafar mengundurkan diri dari umno apabila cadangan Tuanku Abd Rahman utk menerima segala syarat-syarat kemerdekaan dari British. Dato Onn Jaafar ingin membebaskan Tanah Melayu dari British tampa sebarang syarat atau perjanjian.



Di sebabkan sifat PKMM yang tidak mahu berunding dgn British dan menentang secara agresif, parti ini diistiharkan pengkhianat bangsa oleh British ketika itu. Ramai pengikut-pengikut PKMM ditangkap dan dibunuh dgn kejam. Mereka melarikan diri ke dalam hutan lalu bergabung dgn Komunis Malaya utk mendapatkan bekalan senjata. Tujuan meraka utk mempertahankan diri dari serangan tentera British yang diantaranya adalah org-org melayu. Walaupun bergabung dgn komunis mereka tidak pernah mengamalkan ideolog komunisme seperti yang diputar belitkan oleh PR. PKMM bersifat Nasionalisme kerana mereka tidak memisahkan agama dari perjuangan mereka. Mereka tidak membunuh melainkan mereka diserang. Mereka tidak pernah menentang Demokrasi seperti kenyataan PR. Di dalam PKMM mereka punyai biro-biro keagamaan, dan kebajikan. PR menganggap PKMM sebagai Parti Komunis Melayu Malaya. Malaysia hari ini tidak pernah meletakkan PKMM sebegitu rendah kerana PKMM juga berjuang mendapatkan kemerdekaan. Cuma Malaysia tidak pernah mengiktiraf PKMM sebagai perjuang kerana tidak mahu ada pihak yang memutar belitkan fakta seperti yang berlaku sekarang. Melayu Malaysia perlu ingat, PKMM bukan dibayangi Chin Ping seperti kenyataan PR. PKMM adalah gerakan org-org melayu yang berjuang utk kemerdekaan.. Silapnya PKMM mereka meletakkan senjata apabila PKM menyerah kalah..kerana itulah PKMM di salah tafsirkan pembangkang. MEREKA BUKAN KOMUNIS MELAYU……



(EDITOR - PERJUANGAN MELAYU (TERMASUKLAH PKMM) ADALAH UNTUK MEMBEBASKAN TANAH TUMPAH DARAH MEREKA, TANAH RAJA MELAYU DAN ORANG MELAYU BERTAPAK, KETIKA ITU)

Hakcipta / di petik daripada geefadzli

© http://srikandi-melayu.blogspot.com/2009/06/antara-pkm-pkmm.html

1 comment:

MekonG said...

see my site more about this..
http://mekongpeace.blogspot.com

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez