Saturday, July 4, 2009

Chin Peng mahu lawan Melayu?


MEMPERLEKEH PERJUANGAN [MELAYU] UMNO

Oleh Tun Mahathir Mohamad
Jun 4, 2009


1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan.

2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.

3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.

6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.

9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.

10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.

11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.

12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.



Ihsan/petikan hakmilik 2009 (c) Oleh Tun Mahathir Mohamad -'MEMPERLEKEH PERJUANGAN UMNO'

4 comments:

hafszach said...
This comment has been removed by the author.
hafszach said...
This comment has been removed by the author.
hafszach said...

Mengapa tak berani berforum secara terbuka..??

Mengapa harus ada tapisan..??


Memang org melayulah yg mempertahankan dan memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita.. tidak dapat disangkalkan lagi..


Tapi bila UMNo kata mereka yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% giolongan muda dan golongan cerdik pandai melayu dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia-manusia dalam UMNO yang mempertahanankan tanah air kita dahulu..

Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dalam hutan dgn meninggalkan anak isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sebagai komunis.. Tun Mahathir dan Tunku Abedol Raman Kat mana masa tu..?? dibawah naungan British bukan..?? menjadi anak emas Britishkan..!!

Kenapa para pemimpin melayu yang menentang British ditangkap di bawah ISA dan diburu sehingga ke dalam hutan..?? siapa yang menjadi dalang dan tali barut british serta pemberi maklumat risikan kepada pihak british tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british...??

Golongan yang menjadi Baruah british inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..

Jangan jadi bodoh dan cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..

Semua org tahu yang UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga british serta bekerja dgn kerajaan british untuk mentadbir Malaya.. huhu.. kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang..

Yang saya tahu dan semua org tahu bahawasanya, Orang2 UMNO nilah dahulunya yang mengampu pihak British serta menghasut serta merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu.." Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebarang pun tak tahu "

Anonymous said...

bergaduhlah wahai sesama melayu biar jadi monyet.....biar bangsa asing gelak dan ketawa kah..kah..kah

siput

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez