Saturday, December 13, 2008

Reflecting on the Law

Reflecting on the Law

Oleh Shad Salem Faruqi,

Profesor Undang-undang,

Universiti Institut Teknologi MARA.

Semangat persefahaman dan toleransi yang wujud ketika negara kita lahir pada 1963 haruslah diteruskan ketika kita bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang. Kelmarin adalah ulangtahun ke 45 Hari Malaysia. Pada 16 September 1963, koloni British iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk sebuah negara Malaysia.

Walau pun begitu, telah ada tentangan dari luar dan dalam negara. Indonesia melancarkan satu bentuk peperangan yang tidak rasmi. Manakala Filipina menuntut Sabah berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Di dalam Malaya, negeri Kelantan menentang transformasi itu. Ia membuat tuntutan di mahkamah, mencabar Malaysia Day Agreement dengan alasan bahawa persetujuannya diperlukan untuk membuat sebarang perubahan penting kepada Merdeka Constitution.

Mengimbas kembali, Kerajaan Kelantan v Kerajaan Persekutuan Malaya (1963), Mahkamah Tinggi menetapkan Artikel 159 (the amendment clause of the Constitution) tidak memerlukan persetujuan negeri-negeri lain bila ada kemasukan negeri baru ke dalam persekutuan.

Merujuk kepada tuntutan tersebut, mahkamah menetapkan dengan sebenar-benarnya bahawa ia adalah langkah politik tidak rasmi (informal) yang tidak disabitkan di dalam sebarang mahkamah undang-undang.

Maka, daripada 11 negeri, Malaya bertambah menjadi 14. Nama yang baru muncul. Undang-undang baru dilaksanakan untuk memastikan perhubungan istimewa di antara negeri-negeri baru dengan Kerajaan Persekutuan.

Dalam banyak aspek, gabungan baru itu merupakan penyatuan lima entiti yang tidak seimbang – kerajaan persekutuan yang berkuasa, 11 negeri-negeri semenanjung yang mempunyai kuasa autonomi terhad dan negeri-negeri yang mendapat keistimewaan iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura dengan mendapat hak keistimewaan atau ‘kelonggaran’ dalam beberapa aspek daripada kerajaan persekutuan.

Alasan mendapat hak keistimewaan inilah yang perlu dikaji.

Pertama, ada beberapa kejadian dari segi sejarah dan perundangan, antaranya Resolution of the Malaysia Solidarity Consultative Committee (1961), Resolution of the Legislative Council of North Borneo (1962), Report of the Cobbold Commission (1962) dan Twenty Point Manifesto of the Sabah Alliance (1962).

Di samping itu, ada Report of the Inter-Governmental Committee/Landsdowne Committee (1963), Malaysia Agreement (1963) dan Malaysia Act 1963. Semuanya mengikhtiraf keperluan istimewa dan memberi persetujuan kepada tuntutan negeri-negeri Borneo.

Keduanya, dari segi budaya, agama dan bahasa tersendiri penduduk Borneo yang memberi peruntukan istimewa sebagai langkah memelihara tradisi yang unik dan ulung.

Ketiganya, negeri-negeri Borneo merangkumi wilayah yang besar dan merupakan sumber yang tidak terbatas kepada persekutuan. Seluruh keluasan adalah 198,069 km persegi, melebihi keluasan semenanjung Malaysia 131,681 km persegi. Pantai Sabah dan Sarawak sepanjang 2,607 km jika dibandingkan dengan semenanjung, 2,068 km.

Keempat, walau pun mempunyai sumber yang banyak, mereka masih mempunyai masalah kemiskinan dan banyak kawasan di Sabah dan Sarawak yang mundur dan tidak dimajukan.

Kelima, pakatan 1963 di antara Persekutuan Malaya, United Kingdom, Utara Borneo, Sarawak dan Singapura bukanlah semata-mata persetujuan domestik. Ia adalah Treaty Antarabangsa.

Disebabkan alasan-alasan yang disebutkan tadi, Constitution Persekutuan Malaya telah ditulis semula untuk merangkumi kedudukan istimewa negeri-negeri baru tersebut. Ketiga-tiganya diberikan pendapatan tambahan yang tidak diberikan kepada negeri-negeri Barat Malaysia.

Schedule 9 menekankan kuasa legislatif persekutuan dan negeri-negeri; mengandungi tiga senarai legislatif – Federal List dengan 27 topik; State List dengan 13 topik; dan Concurrent List dengan 14 topik. Untuk menguatkan kuasa legislatif negeri-negeri Borneo, diadakan Supplementary State List dengan 6 topik dan Supplementary Concurrent List dengan 9 topik, ditambah kepada Federal Constitution.

Negeri-negeri Borneo diberikan kuasa ke atas aspek imigrasi ke dalam Negeri-negeri. Sabah dan Sarawak mempunyai Mahkamah Tinggi, Hakim Besar dan mahkamah kaum. Perlantikan Hakim untuk Borneo High Court memerlukan persetujuan dengan Ketua Menteri negeri terbabit.

Oleh kerana ramai penduduk bukan Islam di Sabah dan Sarawak, Perlembagaan kedua-dua negeri, pada 1963 tidak mengandungi peruntukan untuk Islam. Kebanyakan undang-undang persekutuan yang berkaitan dengan Islam sebagai agama persekutuan tidak termaktub di Sabah dan Sarawak.

Sabah dan Sarawak mempunyai hak eksklusif ke atas tanah dan kerajaan tempatan.

Sungguh pun Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, penggunaan English dan bahasa kaum lain adalah dibenarkan di Negeri-negeri Borneo. Serupa dengan kedudukan istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153, kaum di negeri-negeri tersebut juga diberikan perlindungan istimewa di bawah Artikel 153. Sebarang perubahan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh keistimewaan Sabah dan Sarawak memerlukan persetujuan Gabenor kedua-dua negeri.

Pakatan 1963 memberikan Sabah, Sarawak dan Singapura perwakilan di Dewan Rakyat yang merangkumi lebih sepertiga kerusi yang diperuntukkan. Mungkin ini membolehkan negeri-negeri itu mempunyai kuasa menentang sebarang perubahan perlembagaan.

Artikel 150(6A) emergency chapter melindungi undang-undang dan budaya kaum di negeri-negeri Borneo even against emergency legislation.

Peguam di Barat Malaysia tidak mempunyai hak untuk berkhidmat di mahkamah di Borneo tanpa permit kerja. Sungguhpun diberikan pelbagai keistimewaan, perhubungan Kuala Lumpur dengan ketiga-tiga negeri tidak berjalan lancar.

Penyatuan dengan Singapura bertahan selama dua tahun. Ketegangan dengan negeri-negeri Borneo juga banyak. Pada 1966, darurat terpaksa diisytiharkan di Sarawak untuk melantik Ketua Menteri, Stephen Kalong Ningkan.

Ketika diketuai oleh Tun Mustapha, Sabah menyaksikan satu keadaan di mana mereka menggunakan kuasa meyakinkan. PBS memegang tampuk pemerintahan beberapa kali dengan cara menaikkan semangat nasionalisme Sabah.

Kebanyakan penduduk Sabah mempunyai persepsi – dan persepsi sangat penting – bahawa kepentingan istimewa yang termaktub di dalam persetujuan 20-poin tidak dihormati dengan sepenuhnya. Apa yang memberangkan mereka adalah kegagalan kerajaan persekutuan untuk mengawal kemasukan beramai-ramai pendatang haram ke Sabah.

Malah ada dakwaan bahawa beribu-ribu “pendatang haram” telah diberikan taraf residen tetap atau menjadi warganegara dan dengan itu mengakibatkan hilangnya kuasa Sabah dari aspek imigrasi. Sudah tentu pertambahan penduduk Sabah sangat ketara. Kerajaan persekutuan menolak dakwaan ini dengan menyatakan bahawa mereka mendapat tekanan antarabangsa untuk melayan pendatang dengan rasa perikemanusiaan.

Satu lagi aspek adalah perubahan Perlembagaan untuk mengikhtiraf Labuan sebagai wilayah persekutuan.

Isu ketiga yang menggemparkan berkaitan dengan perubahan perlembagaan ke atas Artikel 3(3) dan 38(7), polisi Islam telah menular ke Sabah dan Sarawak walau pun larangan telah dikeluarkan pada 1963 tentang hal-ehwal keagamaan. Negeri-negeri Borneo telah mengungkit bahawa jumlah wakil mereka di Dewan Rakyat telah menurun walaupun wujud Artikel 161E(2)(e).

Pihak berkuasa menolak perubahan ini dengan menyatakan bahawa kebanyakan daripada perubahan telah dibuat dengan persetujuan ketua-ketua negeri-negeri Borneo dan mematuhi prosedur perlembagaan Artikel 161E. Dalam setiap sistem federal, pertelingkatan di antara kerajaan pusat dan majlis tempatan tidak dapat dielakkan dan mungkin dianggap sebagai persaingan sihat.

Menyentuh tentang demokrasi yang berfungsi, ketakpersetujuan tentulah akan timbul. Jika negeri bersekutu tidak mempamerkan ketidakpuasan, itu bermakna tanda-tanda untuk penyakit yang lama. Kadangkala ketiadaan masalah adalah menjadi masalah tersendiri!

Malaysia berjaya dalam mengelakkan tekanan negeri-negeri bersekutu daripada meletus menjadi konflik terbuka. Semangat moderasi dan penyesuaian yang menjadi ikutan ketika kelahiran di tahun 1963 mesti diteruskan sebagai persediaan untuk menerima dugaan seterusnya. Warga Sabah dan Sarawak mempunyai banyak kesedihan yang wajar didengari.


Friday, December 5, 2008

Muzium Gurkha

Muzium Gurkha mengimbau gerakan komunis di Malaya.

Muzium Gurkha di Peninsula Barracks, Winchester (selatan London, berdekatan Southampton) telah mengadakan pameran di Galeri Macdonald sempena ulangtahun ke-60 kebangkitan komunisme di Malaya, yang berlanjutan sehingga 1960. Ia diberi nama THE MALAY CAMPAIGN, 1948-1960. Ia dirasmikan oleh General Sir Garry Johnson dan dihadiri oleh pegawai kedutaan Malaysia, Singapura dan Fiji serta askar veteran kempen tersebut.

Kejayaan membenteras gerakan yang kejam (dilakukan oleh Malayan Chinese Communist Party) adalah kerana penolakan majoriti rakyat Malaya yang inginkan kedamaian dan kemakmuran. Batalion British yang terdiri daripada National Servicemen, ditugaskan mencari pengganas komunis yang beroperasi di dalam hutan. Mereka bekerjasama dengan batalion Briged Gurkha dan Regimen Askar Melayu. Unit dari Australia, Fiji, Kenya, New Zealand, Malawi, Zimbabwe dan Singapura juga turut terlibat.

Kunci kejayaan adalah langkah memindahkan pekerja ladang getah berbangsa Cina yang tinggal di pinggir hutan. Mereka inilah yang ditindas oleh pengganas untuk mendapatkan makanan dan sokongan. Pemindahan ke kawasan perkampungan baru membolehkan pihak berkuasa memantau keselamatan dan mereka juga dapat tinggal dalam keadaan aman. Pihak komunis tidak lagi mendapat bantuan mereka.

Konflik dengan komunis berjaya dengan adanya tindakan yang bernas dan langkah yang bijak. Kemerdekaan telah diperolehi oleh Malaya pada 31 Ogos 1957.


Foto : Antara senario yang terdapat di Muzium Gurkha, Winchester, United Kingdom yang menunjukkan pertempuran askar Gurkha dengan musuh negara.

Thursday, November 20, 2008

AHLUL-BAIT

Buku AHLUL-BAIT (keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu setebal 496 mukasurat ini disusun oleh (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad.

Antara persoalan yang diutarakan di dalam buku ini ialah:
* Apakah kaitan Raja-Raja Melayu dengan salasilah ahlul-bait Rasulullah SAW?
* Apakah pula relevannya Institusi Raja-Raja Melayu dalam konteks kehidupan Bangsa Melayu pada hari ini?

Buku ini cuba menyanggah persepsi sebahagian masyarakat Melayu yang menganggap Raja-Raja Melayu dari 'asal mana keturunan mana' yang dapat menduduki singgahsana hanya kerana tuah badan. Buku ini mendedahkan salasilah raja-raja Nusantara amnya, dan Raja-Raja Melayu khasnya, yang kebanyakannya mempunyai susur-galur keturunan termulia, iaitu tidak lain dari darah Rasulullah SAW sendiri.

Seharusnya Bangsa Melayu diberi kesedaran akan peri pentingnya Institusi Raja-Raja Melayu terus dipertahankan kerana mutakhir ini ia terdedah kepada pelbagai tohmahan yang tidak setimpal dengan jasa dan peranannya sebagai tonggak pelindung kedaulatan bangsa dan agama.

Antara bahagian yang terdapat di dalam buku ini:
* Keluarga & Keturunan (Ahlul-Bait) Rasulullah SAW
* Salasilah Raja-Raja Melayu dari Ahlul-Bait Rasulullah SAW
* Intipati dan Peraturan Raja-Raja Melayu
* Agenda Zionis menghancurkan tiga tonggak kekuatan umat Islam
* Satu Seruan: 'Kembalikan Tonggak Kekuatan Umat Melayu'

Monday, August 25, 2008

Hikayat Raja Pasai


Hikayat Raja Pasai edisi Karya Agung Melayu ini berdasarkan edisi yg diusahakan oleh Dr Russell Jones yg diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti (1987). Untuk edisi ini, pengkaji telah membandingkan teks asal yg didasarkan pada manuskrip Raffles Malay No.67 yg tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London dengan sebuah naskhah lain yg ditemui pada tahun 1986 di British Library, London.

Antara faktor yg dipetik drpd http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Raja-raja_Pasai
Dalam Seminar Sejarah masuknya Islam ke Indonesia, pada 17-20 Mac 1963 A Hashmy mencatatkan ketetapan telah dibuat bahawa Islam masuk ke Indonesia oleh pedagang/ pendakwah dari Arab sekitar 7-8 masehi . Negara pertama memeluk Islam ialah Pasai / Pase / Aceh Utara kerana persamaan Mazhab Shafie.

Hikayat Raja-Raja Pasai terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai dibawah pemerintahan Sultan ahmad Perumudal perumal dan Peluasan Kekuasaan Majapahit.

Negeri Pasai / Samudera dan Perlak yang terletak di Sumatera Utara ( Acheh) digelar Serambi Mekah kerana orang yang hendak mengerjakan haji terlebih dahulu singgah di Acheh dan belajar di madrasah dan masjid di Acheh.

Sultan Malikul Salih memerintah Samudera-Pasai mulai 1267 . Nama lainya ialah Malik al Salih, Merah Silu, Merah Silau, Mara Silu, Muerah Silu. Kerajaan Samudera Pasai dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan Samudera Darussalam atau Sumatera. Lokasi kerajaan ini ialah di sekitar Kampung Geudong, Lhokseumawe, Aceh.

Ahli Pelayaran Maghribi bernama Ibnu Batutah sempat mengunjungi Pasai pada 1346 masehi. Ketika di China, Ibnu Batuta mendapati kapal Pasai berlabuh di China untuk membayar ufti.
Inskripsi Cina mencatatkan kerajaan Pasai menghantar ufti ke China setiap tahun.

Catatan Menarik
Pasai merupakan negeri pertama memerima agama Islam. Raja Ahmad dan Raja Muhammad hendak membuka negeri Samarlanga. Tun Seri Lanang (penulis Sejarah Melayu) pernah menjadi Raja di Samarlanga dari 1615-1659.

Wednesday, July 23, 2008

Tuhfat Al-Nafis

Mungkin tidak ramai di antara kita yg tahu tentang kewujudan sebuah buku bertajuk TUHFAT AL-NAFIS karya Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji dengan Virgina Matheson sebagai Editor.

Tuhfat al-Nafis merupakan kitab sejarah yg terpenting dalam kesusasteraan Melayu selepas SEJARAH MELAYU iaitu karya Tun Seri Lanang, seorang Bendahara di Johor sekitar tahun 1612. Ketika itu, Johor diperintah oleh Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615).

Tuhfat al-Nafis membawa pembacanya mengenali tentang kebudayaan, ketinggian, dan kemakmuran perdagangan kerajaan Johor. Ia juga memaparkan kisah tentang pengalaman penduduk di sekitar Gugusan Pulau-pulau Melayu sebelum dan sesudah kedatangan kuasa-kuasa Eropah.

Penulisan karya agung ini telah dimulakan oleh Raja Haji Ahmad dan diteruskan hingga selesai oleh anaknya Raja Ali Haji. Memandangkan kedudukan mereka yg istimewa di kalangan ahli-ahli istana sezaman, kedua-dua tokoh tersebut dapat menggabungkan bakat dan pengalaman masing-masing untuk melahirkan satu sejarah bangsa Melayu yg unik.

Antara bab menarik di dalam buku ini ialah:
~ Raja-raja Melayu Pertama dan Silsilah Melayu
~ Raja-raja Siak dan Silsilah Mereka
~ Silsilah Bugis
~ Raja Kecik
~ Bugis di Mempawah
~ Perbalahan di antara Perak dan Selangor
~ Belanda Menetap di Tanjung Pinang
~ Tengku Husin menjadi Sultan Singapura

Tuesday, March 11, 2008

Rahsia yg akan dibongkar...

Seorang Kapten Portugis, Duarte Coelho telah membina chapel "Our Lady of the Hill" pada 1521 (10 tahun selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis). Di sinilah juga St.Francis Xavier yg mati di San Chian, China dikebumikan di perkuburan terbuka (ia kini ditutup dgn jaring) dari 22 Mac hingga 11 Dis 1553 sebelum dipindahkan ke Goa, India.

Setelah Belanda mengalahkan Portugis pada 1641, mereka mengubah nama gereja ini menjadi "Gereja St.Paul". Bila Christ Church, gereja Belanda siap dibina, gereja ini dijadikan tempat persemadian golongan bangsawan (penanda kubur masih ada sehingga sekarang).

Foto bahagian dalaman gereja. Menurut sesetengah cerita, bumbung gereja telah dibuang oleh askar Belanda. Mereka membina laluan di sekeliling bahagian atasnya sebagai tempat untuk pengawal mengawasi kawasan perairan Kota Melaka. Ketika meninjau bangunan ini, Shali & saya mendapati ruangan gereja di sebelah kiri sebenarnya dua tingkat. Tingkat atas adalah tempat penyiksaan terhadap pesalah.

Kami percaya tingkat bawah telah ditimbus oleh Portugis kerana dikatakan bahawa di situlah letaknya penjara. Dakwaan ini diperkuatkan dengan adanya tingkap (yg boleh dilihat dari luar) dan bentuk arch yg terbenam di dalam tanah. Kami yakin perbuatan Portugis itu adalah untuk menutup laluan sulit atau terowong menuju ke bawah tapak Istana Sultan Melaka. Terdapat pula laluan ke arah laut untuk memudahkan orang2 penting Portugis melarikan diri bila pihak musuh menyerang. Tidak syak lagi mereka juga pernah menggunakan laluan ini untuk menyeludup harta rampasan perang.

Ingin tahu lebih lanjut perihal laluan rahsia ini? Bacalah di dalam novel kami kelak...


Wednesday, February 13, 2008

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Penghujung Jun 2006, lewat beberapa siri perbincangan, tercetuslah ilham buat kami menulis sebuah kisah yang berlegar di sekitar buku Sulalat Al-Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Seri Lanang. Walaupun buku ini telah ditulis kira-kira 394 tahun yang lalu ternyatalah tidak ramai yang mengetahui tentangnya kecuali di kalangan tokoh-tokoh sejarawan atau pengkaji kesusasteraan.

Alangkah ruginya seandainya kami tidak membongkar keunikan dan keindahan karya Tun Seri Lanang yang selama ini menjadi rujukan para cendikiawan di serata pelusuk dunia. Namun kami percaya, jalannya tidak mudah. Bukan setakat itu saja. Pada hakikatnya, jalan itu sudah pernah ditempuhi oleh ramai pakar pengkaji sebelum kami. Jadi, kami terfikir untuk mencuba approach baru yang belum pernah diterokai oleh penulis lain. Approach baru ini adalah dengan menovelkan karya tersebut.

Dengan cara itu sahaja, kami percaya lebih ramai khalayak akan dapat menikmati kisah yang tersurat di dalam buku Sejarah Melayu itu. Kami ingin menceritakan kembali Kesultanan Raja-raja Melayu dalam bentuk yang lebih dekat kepada ‘selera’ pembaca masakini. Selain daripada mengkaji seberapa banyak buku-buku yang berkisar tentang sejarah, kami juga berusaha mendapatkan pandangan tokoh-tokoh serta orang-perseorangan yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang ini.

Kisah-kisah yang belum pernah diberitahu di mana-mana, tidak didokumentasikan atau tidak pernah dihighlightkan sebelum ini menjadi intipati novel kami. Ada juga yang disampaikan dari mulut ke mulut dan melalui kacamata mereka, kisah tersebut ternyata lebih ‘hidup’ dan menakjubkan. Jadi, proses pengkaryaan ini tidak jauh bezanya ketika Tun Seri Lanang sendiri mengumpulkan kisah-kisah Kesultanan Melayu untuk dimuatkan di dalam Sejarah Melayu. Sesungguhnya, kami cuma meneruskan tradisi penceritaan dari zaman ke zaman. Dan dari generasi ke generasi.

Jadi, apakah motif utama novel ini? Untuk mengisi ruang di dalam kehidupan Tun Seri Lanang sebagai seorang pengarang yang begitu tekun di samping menggalas tanggungjawab sebagai Bendahara Paduka. Kenapa tidak kita selami kehidupan sehari-harian beliau semasa menulis? Jikalau Sejarah Melayu tidak diberi tarikh, novel ini sebaliknya. Dengan demikian, dapatlah pembaca mengaitkan sesuatu kejadian dengan sejarah peradaban dunia ketika itu.

Tidakkah tepat seandainya kita menyatakan bahawa dunia pengkaryaan adalah dunia yang penuh misteri juga? Bagaimana seseorang penulis boleh berada di alam lain, sedangkan dirinya berpijak di bumi nyata?

Beberapa bulan selepas memulakan novel ini, penulis dikunjungi SMS daripada seseorang yang tidak dikenali. Anehnya bahasa di dalam mesej itu tidak difahami langsung tetapi ada bait-bait keIndonesiaan. Beberapa SMS menyusul namun masih mengandungi kata-kata yang ganjil.

Hanya setelah penulis membaca dialog Patih Adam (mukasurat 169 dalam Sejarah Melayu) barulah timbul kesedaran bahawa bahasa SMS seakan-akan sama dengan dialog tersebut! Bila SMS menyebut pula nama ‘Mataram’, hati penulis semakin berdebar kerana Kesultanan Mataram telah wujud di Indonesia sekitar 1575-1601. Kesimpulannya, ada semangat yang tidak difahami sedang cuba merungkaikan keanehan yang tidak terbatas dalam lingkungan masa mahupun tempat.

Sebahagian novel ini mengisahkan pengalaman TSL mengarang Sejarah Melayu dari Mei 1612 sehingga ditawan oleh Acheh pada Jun 1613, dan menyudahkannya pada Januari 1615 (selama 32 bulan). Pada waktu yang sama, perkembangan susur galur Sultan Mahmud Shah (Sultan terakhir Kesultanan Melaka) yang terpaksa tunduk kepada Portugis. Walau bagaimanapun baginda tidak pernah berputus asa memerangi Portugis dari pusat-pusat pemerintahan di Bentan (juga disebut Bintan).

Kisah yang diselitkan di dalam novel ini terus menjadi misterinya yang tersendiri berikutan munculnya seseorang yang mendakwa dirinya waris Kesultanan Melaka yang sebenarnya. Ganjil juga kenapa negeri yang mula-mula diperintah oleh Sultan, kini, setelah 607 tahun berlalu, tidak berSultan!

Tidakkah kita sedar, seandainya kita tidak meleraikan kekusutan ini, sampai bila-bila jua pun, tiada sesiapa yang ambil peduli. Inilah masanya, pada firasat kami, untuk membongkar apa yang selama ini menjadi igauan, mencantas segala yang pernah menjadi impian, mengocak air yang selama ini tenang di kali. Lantaran semangat kami gembeling untuk memecahkan ruyung yang selama ini menyimpan khazanah sejarah yang bukan sedikit, melindungi rahsia yang bukan calang-calang.

Demi waktu yang kian berarak tanpa terhenti detiknya walau sesaat jua pun, dipersaksikan bulan, bintang dan matahari, kami persembahkanlah sebuah kisah yang bukan mitos, bukan fragmen minda; tapi cetusan rasa yang meledak ingin berbicara, bahasa sejarah yang tidak mungkin lenyap ditelan zaman.


Hayatilah kisah seterusnya di dalam novel yg dijangkakan berada di pasaran Julai 2008, genap dua tahun setelah tercetus idea untuk menulisnya...!!



 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez