Buku AHLUL-BAIT (keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu setebal 496 mukasurat ini disusun oleh (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad.
Antara persoalan yang diutarakan di dalam buku ini ialah:
* Apakah kaitan Raja-Raja Melayu dengan salasilah ahlul-bait Rasulullah SAW?
* Apakah pula relevannya Institusi Raja-Raja Melayu dalam konteks kehidupan Bangsa Melayu pada hari ini?
Buku ini cuba menyanggah persepsi sebahagian masyarakat Melayu yang menganggap Raja-Raja Melayu dari 'asal mana keturunan mana' yang dapat menduduki singgahsana hanya kerana tuah badan. Buku ini mendedahkan salasilah raja-raja Nusantara amnya, dan Raja-Raja Melayu khasnya, yang kebanyakannya mempunyai susur-galur keturunan termulia, iaitu tidak lain dari darah Rasulullah SAW sendiri.
Seharusnya Bangsa Melayu diberi kesedaran akan peri pentingnya Institusi Raja-Raja Melayu terus dipertahankan kerana mutakhir ini ia terdedah kepada pelbagai tohmahan yang tidak setimpal dengan jasa dan peranannya sebagai tonggak pelindung kedaulatan bangsa dan agama.
Antara bahagian yang terdapat di dalam buku ini:
* Keluarga & Keturunan (Ahlul-Bait) Rasulullah SAW
* Salasilah Raja-Raja Melayu dari Ahlul-Bait Rasulullah SAW
* Intipati dan Peraturan Raja-Raja Melayu
* Agenda Zionis menghancurkan tiga tonggak kekuatan umat Islam
* Satu Seruan: 'Kembalikan Tonggak Kekuatan Umat Melayu'
Thursday, November 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
buku ini mendedahkan sejarah melayu yang dicatit oleh bangsa melayu sendiri. orang melayu sudah lama tertipu dengan tulisan munshi mamat dari india yang mencatit sejarah melayu mengikut wacana inggeris pada ketika itu akhirnya menjadi bahan sejarah yang mengelirukan.
Post a Comment