Tuesday, August 16, 2011

PERKASA BERI KATA DUA

“Jika tiada tindakan diambil berhubung tiga isu ini dalam waktu tertentu, kami akan melakukan sesuatu,” kata beliau sambil menambah, kelewatan keadilan bermakna keadilan dinafikan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini tidak menjelaskan tindakan mereka jika gesaan pihaknya tidak menemui hasil atau dipenuhi. Katanya, Perkasa “sangat bersabar” meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

“Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong,” selar Ibrahim. Pada awalnya Perkasa merancang untuk mengadakan perhimpunan balas pada 9 Julai lalu, hari Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil.

“Jadi sekarang, jika kerajaan tidak mengambil tindakan dalam tempoh masa tertentu, kami akan ambil tindakan dan kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa,” katanya. “Kami diminta untuk menghormati kerajaan dan undang-undang, dan kami melakukan semua itu, tetapi kerajaan tidak responsif,” katanya lagi.

Ibrahim juga mendakwa “majoriti senyap” kemungkinan akan menghukum pentadbiran Najib jika beliau gagal menyelesaikan tiga isu terbabit. Katanya, satu dunia tahu bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertindak secara tidak sah apabila meneruskan perhimpunan 9 Julai.

Katanya, pakar-pakar asing juga merumuskan bahawa 99.99 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah Anwar. Mengenai konspirasi Kristian yang dibawa oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, Ibrahim berkata seorang ahli DAP beragama Islam telah membuat laporan polis dan ia menunjukkan adalah betul.

“Apa lagi kita perlukan? Apa lagi perlu disoal siasat? Ada 4,000 laporan polis ke atas Ambiga, sebagai contoh. “Kami mahu Peguam Negara teruskan dengan tindakan ke atas isu-isu ini dan sama ada ada kes prima facie, biar mahkamah yang menentukan,” kata Ibrahim.

www.m.yahoo.com

Saturday, August 6, 2011

Berikutan itu, Abdul Khalid melarang semua EXCO mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu sehingga selesai. Katanya, kerajaan negeri kesal kejadian itu dan yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela.

Sementara itu, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Khairudin Abas, menggesa semua pihak tidak buat kesimpulan melulu, termasuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam siasatan berhubung insiden berkenaan.

“Tindakan segelintir media yang membangkitkan semua isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil bahasa Melayu dalam laporan mereka amat dikesali kerana ia seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang kita nikmati selama ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan pihaknya terbabit dalam serbuan itu malam Rabu lalu, namun lebih kepada memberi perlindungan keselamatan kepada pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS, Khalid Samad, pula berkata tindakan JAIS tidak wajar kerana tidak semestinya orang Islam yang hadiri majlis itu mempunyai niat untuk murtad.

bharian.com.my

Friday, August 5, 2011

BESI TAHI BINTANG TERBAIK UNTUK KERIS?

Besi tahi bintang [meteorit] yang cantik ini ditemui di Daerah Chaco, Argentina. Ia adalah salah satu daripada meteorit tertua dan terkenal di dunia dan pertama kali ditemui oleh orang Sepanyol pada 1576 [zaman Sultan Mansur Shah Melaka] . Artifak ini memaparkan 'regmaglypts' cemerlang (cap jari), serta lubang semula jadi yang jarang berlaku. Kelebihan utamanya (gambar) adalah berbentuk kubah dan banyak kesan picitan jari. Pinggir belakang lancar dan sedikit cekung. Spesimen ini lberukuran 114mm sebanyak 78 mm. [Sesuatu yang di gilakan oleh para pembuat dan pemilik Keris Melayu]

Chinese Majority Again

Laporan bertajuk 'Population Distribution and Basic Demographic Characteristics 201) berdasarkan data populasi yang dibuat pada tahun lalu. Ia menyatakan bahawa komuniti India telah meningkat kepada 155,600 daripada 153,100 pada 2009. Namun, komuniti Melayu telah menurun daripada 654,300 pada 2009 kepada 636,136 tahun lalu.

Dari segi peratus, kaum Cina merupakan 42.9% daripada sejumlah 1.5 juta penduduk di Pulau Pinang, diikuti oleh Melayu, 40.7% dan India, 9.8%. Penduduk yang bukan warganegara Malaysia dan Bumiputra lain bersamaan 6.6% populasi. Jumlah penduduk Pulau Pinang telah menurun sebanyak 1% jika dibandingkan dengan tahun 2009.

Kumpulan umur 25-29 adalah tertinggi iaitu 151,735. Kaum lelaki melebihi wanita dengan
782,061 lelaki berbanding 779,322 wanita. Laporan boleh dilihat di http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=363&Itemid=149&lang=en#8.

Setiausaha MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, peningkatan komuniti Cina adalah kerana lebih ramai orang berpindah ke negeri itu. "Peluang pekerjaan di Pulau Pinang mungkin merupakan salah satu sebab penghijrahan itu dan peningkatan kelahiran di negeri itu sendiri.". Tambahnya, lebih ramai orang Melayu berhijrah ke negeri lain dan ini adalah penyebab kejatuhan jumlah komuniti tersebut.



Source : thestar.com.my
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez